CrazyArtZone
free creative tools · alat kreatif percuma

Alat kreatif yang siap dalam beberapa saat.

Kad ucapan, kad jemputan, kalendar boleh cetak, cuti panjang, tarikh Hijrah, countdown, kod QR berseni, palet warna AI, carta benang DMC dan pangkalan data nama – dibina dengan data dan AI, percuma untuk semua, tanpa daftar.

01 /

Cipta & cetak

Kad ucapan, kad jemputan, kalendar, countdown, kod QR dan wallpaper – siap dalam beberapa saat, terus ke WhatsApp, PDF atau pencetak.

02 /

Tarikh & cuti

Cuti panjang, tarikh Hijrah dan umur – dikira ikut takwim dan cuti rasmi Malaysia.

03 /

Warna & kraf

Untuk pereka, peminat sulaman dan sesiapa yang mencari kombinasi warna.

04 /

Nama

Pangkalan data nama dengan maksud, tulisan jawi dan carian AI – dalam tiga bahasa.

live /

Palet warna AI terbaru

Dicipta oleh pengguna AI Colour Palette – lengkap dengan kod hex dan benang DMC.

7d /

Trending di Maksud Nama

Gabungan nama yang paling banyak dicari minggu ini.

faq /

Soalan lazim

Apa yang ada di CrazyArtZone?

Koleksi alat kreatif percuma: kad ucapan dengan nama, kalendar Malaysia dan printable calendar untuk sebarang tahun, countdown berapa hari lagi, penjana kod QR berseni, palet warna AI, carta benang DMC dan pangkalan data maksud nama.

Adakah semua alat ini percuma?

Ya. Semua alat percuma digunakan tanpa mendaftar, dan nama atau gambar yang anda masukkan dalam kad dan kalendar tidak disimpan di server kami.

Boleh buat kad jemputan kahwin digital?

Boleh, percuma. Kad Jemputan untuk kahwin, aqiqah, kesyukuran, rumah baru, rumah terbuka atau hari jadi – dengan muzik, peta Google Maps & Waze, countdown dan pautan pendek untuk WhatsApp. Tetamu tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi, dan kad dipadam secara automatik sehari selepas majlis.

Bagaimana mengetahui tarikh Hijrah hari ini?

Buka Tukar Tarikh Hijrah – tarikh Hijrah hari ini dipaparkan di atas, dan anda boleh menukar sebarang tarikh Masihi ke Hijrah atau sebaliknya. Kalkulator Umur pula mengira umur Masihi dan Hijrah anda.

Boleh cetak kalendar sebagai PDF?

Boleh. Kalendar Malaysia (dengan cuti umum dan cuti sekolah) dan Printable Calendar (bahasa Inggeris, tahun 1900–2200) boleh dicetak terus, dimuat turun sebagai PDF atau gambar, atau dijadikan wallpaper telefon.

Apakah palet warna AI?

Di AI Colour Palette, terangkan suasana atau majlis – contohnya "tema kahwin pastel" – dan anda mendapat 5 warna yang serasi berserta kod hex dan benang DMC yang paling hampir.

Bagaimana mencari maksud nama?

Taip nama di Maksud Nama untuk maksud, tulisan jawi dan ejaan lain, atau gunakan Ilham Nama AI untuk mencari nama ikut maksud yang anda mahu.