Hair Accessories
Hair scrunchies
Monday, June 21, 2010
Posted on 8:47:24 AM | 8 Comments
.. lagi & lagi.. :D
bosan tak?  hujung minggu tak lama kat mesin jahit.. jadi sempat buat yang kecik-kecik saja.
habuan untuk melly lagi. ;)

Made by Maya, Hair Accessories, Sewing Corner | 8 Comments
hair scrunchies
Thursday, June 10, 2010
Posted on 8:46:26 AM | 17 Comments
 lagi hasil dari kain perca, tapi yang ni besar-besar sikit sampai buleh buat pengikat rambut. ada jugak yang tak cukup kain, jadi cantumkan sikit dengan kain lain.. scrunchies ni semua untuk melly. sebab getah rambut melly selalu saja hilang. balik sekolah selalu rambut berikat dengan getah warna oren yang susah nak bukak tu.

Made by Maya, Hair Accessories, Kain Perca | 17 Comments
nicey jane - scrunchie & hair clip
Saturday, May 29, 2010
Posted on 11:43:14 AM | 4 Comments
 sukanya saya dengan renda ni. sweet sangat-sangat-sangat..
fabric nicey jane. ada dressnya... on the way.. ;)

Made by Maya, Hair Accessories, Kain Perca | 4 Comments
sukaaa!!!
Wednesday, February 17, 2010
Posted on 8:38:57 AM | 6 Comments
... or should i call it 'one productive day'?.. walaupun WIP itu masih tetap tidak disentuh, tapi saya ada kerja baru yang saya suka. tiba-tiba suka, walaupun sebelum ni malas ya amat - cuma mampu pandang saja. ya, betul. yang penting nak memulakan tu. bila dah start, susah nak berhenti biarlah sampai sakit belakang pun kan. saya sakit belakang sebab semua saya hamparkan atas lantai. tu yang terbongkok-bongkok masa buat kerja. sebenarnya, tak lah banyak sangat pun. baru buat sikit, melly panggil nak itu. sambung sikit lagi, elman panggil nak ini. biasa lah kan... tapi ok lah dari semalam yang tak produktif langsung sekadar bersenang-lenang dan malas-malas.
 riben-bow dengan bunga crochet. panjang adalah 4". 
riben-bow sahaja. panjang adalah 3". 
riben-bow dengan butang rama-rama. panjang adalah 4". 
double riben-bow dengan bunga crochet. panjang adalah 4.75". semua adalah siap untuk dipakai.
dan untuk dijual. yay!

Made by Maya, Hair Accessories, Ribbon | 6 Comments
Ribbon Bow
Saturday, October 31, 2009
Posted on 3:21:00 PM | 25 Comments
  
lama juga saya cari tutorial untuk buat ribbon bow yang cantik. tapi tak jumpa. entah betul entah tidak cara yang saya buat ni. saya dapat buat pun kebetulan masa buatkan reben untuk baju raya melly hari tu. reben pun dah lama sangat saya beli. dan tiba-tiba hari ni rasa bersemangat nak buat. tapi tak jumpa lagi klip buaya yang sesuai. bila dah ada nanti, baru boleh dimodelkan.

Made by Maya, Ribbon, Hair Accessories | 25 Comments
Biru
Tuesday, September 08, 2009
Posted on 10:55:48 PM | 6 Comments
Tak.. bukan kaler tema pun.. Raya kali ni kami tak bertema.. Eh! kira tema warni-warni pun boleh... Takde ape nak cerita di sebalik pembikinan hair clips ni.. layan saje lah gambar-gambar ni.
 
kalau berminat, silalah ke sini....

Made by Maya, Hair Accessories, Felt Creation | 6 Comments
si rambut kerinting
Tuesday, July 07, 2009
Posted on 10:07:05 PM | 8 Comments
menjadi budak berambut kerinting, sebenarnya tidaklah secomel seperti yang disangka. tak banyak yang boleh digayakan. jangankan bob style, apatah lagi fringes, pony tail pun jangan harap nak menjadi.  yang boleh cumalah, samaada di biar gerbang, yang silap-silap hari bulan lebah pun buleh tersesat. ikat 2 yang tiap satunya menjadi sipit sedut. atau pun ikat satu yang juga menjadi siput sedut juga akhirnya.  dan.... letakkan reben comel merah menyala yang macam saya buat ni.. :D

Made by Maya, Hair Accessories, Ribbon | 8 Comments
whale talk
Saturday, April 25, 2009
Posted on 7:57:45 PM | 8 Comments
 sedang saya bermalas-malasan, terdengar suara yang jauh dan halus. saya pasti itulah suara-suara paus dari kedai saya. mungkin mereka lapar. atau sekadar sedang bergosip dari utara ke selatan. siapa nak adopt whale sila angkat mouse dan click di sini.

Made by Maya, Hair Accessories, Felt Creation | 8 Comments
Tutorial - Baby Snap Clip
Thursday, April 16, 2009
Posted on 11:51:07 PM | 34 Comments
ini cara-cara nak buat hairclip yang paling simple dan senang.  dan inilah hasilnya..  saya harap dengan adanya tutorial ni, akan memeriahkan lagi dunia kraf malaysia. sebab sekarang, felt pun senang nak cari, antaranya lian lilstitchy pun ada jual di kedai onlinenya. butang pulak, butang bulat biasa tu pun dah boleh dapat hasil yang cantik. untuk buat blanket-stitch yang macam hasil di atas, boleh belajar dari sini:
http://craftydaisies.com/2007/09/05/embroidery-lesson-4/ jadi tunggu apa lagi.... dah siap, jangan lupa share gambar yer.. nota kaki: kalau malas nak jahit sendiri, boleh dapatkan di kedai saya , sementara stok masih ada ;-)

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Hair Accessories | 34 Comments
musim felt kembali lagi
Wednesday, April 01, 2009
Posted on 12:14:33 AM | 9 Comments
kerana kecewa dengan kadar tukaran singer bersuara sedap dengan epal berbuah embroidery, maka saya kerahkan saja tenaga dari jari jemari saya. membentuk bunga idaman jiwa.  si bunga ceri berwarna biru 
si bunga tulip berwarna merah jambu selamat menjamu mata.

Made by Maya, Felt Creation, Hair Accessories | 9 Comments
{ Older Post }
|