HOME
 
MADE BY MAYA
 
GALLERY
 
 

Tiered Dress Tutorial
Friday, December 16, 2011
Posted on 1:27:57 PM | 4 Comments

Ni ada 2 tutorial terbaru tiered dress yang saya jumpa waktu cari-cari tutorial semalam. Cantik betul gambar dia dan instruction dia pun clear dan senang.


Image by Scattered Thoughts of a Crafty Mom

Ok. Yang mula-mula, pillow case style. Antara 2 ni, rasanya yang ni memang lebih mudah. Pillow case style ni memang sesuai untuk beginner, sebab tak leceh sangat nak ada butang atau zip bagai. Dan hasilnya pun cantik. Click bawah ni untuk tutorialnya.

How to Sew a Tiered Pillowcase-Style Dress



Image by Family Friendly Frugality
Comel betul lah budak nih.

Yang kedua ni, sebenarnya taklah susah sangat pun. Lebih kurang je sebenarnya, cuma lain sikit pada bahagian dada.

How To Sew A Ruffle Dress A Quick 3 Tier Ruffle Dress Tutorial For A Little Girl

Pilihlah nak yang mana. Buat dua-dua pun ok. Sebab tiered dress memang cantik. Lepas tu pulak, memang sesuai kalau ada kain lebih sikit-sikit tu, sebab boleh mix and match.

Ataupun kalau nak ikut tutorial dress untuk bahagian dada yang pernah saya buat, boleh tengok kat sini: Dress Ala Dahlia. So, bahagian skirt boleh ikut cara diorang tu. Nak buat 5 tingkat atau 8 tingkat pun boleh. (Huh! Jenuh...) Hehe..


Selamat berhujung minggu! Dan selamat menjahit. :)


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, ~ The Craft Links | 4 Comments
 

A-line skirt tutorial
Thursday, December 01, 2011
Posted on 7:53:32 AM | 21 Comments

ok. sebab ada yang tanya pasal tutorial skirt entry yang lepas, makanya saya try google dan saya jumpa tutorial ni:

http://angrychicken.typepad.com/angry_chicken/2008/07/5-minute-skirt.html

patutlah saya boleh siap cepat. rupanya memang ada orang bagi nama 5 minutes skirt. lol. tapi saya tak boleh siap pun dalam 5 minit.

ini gambarajah saya. ada beza sikit rupa bentuk dia sebab bahagian punggung ke atas saya buat straight saja.

ok. lagi bezanya, saya buat panjang sampai ke buku lali. dan saya buat lining. takut nampak klcc bergerak time tengahari buta pulak, kan? hahaha! so, saya guna getah pinggang biasa dan buatkan lubang getah ~ caranya cuma jahitkan antara kain skirt dengan kain lining di bahagian pinggang.

kain untuk lining tu pulak, saya ikut pattern yang sama, cuma saya pendekkan sikit, kurangkan dalam 3 inchi.

lain-lain follow je tutorial tu. lebih kurang je macam yang saya buat.

senang je kan.. :)
selamat mencuba dan semoga berjaya!


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, ~ The Craft Links | 21 Comments
 

Skirt - untuk saya dan Melly
Monday, November 28, 2011
Posted on 5:12:21 PM | 12 Comments

salam maal hijrah.

baik. agak sudah sangat lama blog ini tidak berupdate. akan terus diusahakan agar diri ini lebih rajin untuk berkongsi cerita dan idea, walaupun sudah tahu yang diri sendiri akan tidak berapa rajin untuk menjahit. tapi...

tada!!!!

berkat kerahan tenaga, dapat juga saya selesaikan 2 helai skirt, sedondon saya dan melly. itupun belum sempat pakai sama-sama lagi.

skirt saya adalah jenis a-line, dan skirt melli adalah skirt ropol. sebab skirt melly adalah kain lebihan dari skirt panjang saya dan tak berapa cukup, jadi saya cantumkan dengan kain corak yang sama tapi berlainan corak.

ok tak?

jumpa lagi!


Made by Maya, Top N Bottom, Sewing Corner | 12 Comments
 

iPad Tote Bag
Wednesday, October 05, 2011
Posted on 7:44:33 AM | 5 Comments

coklat polkadots macam skirt melly yang dah senteng.

sudah siap sejak dua atau tiga bulan yang lepas. sayang pulak kalau tak tinggal jejak. biarlah cuma tote bag yang simple macam ni pun, kan.

lama betul tak menjahit.
tak tahu nak jahit apa.

eh. malas nak jahit apa-apa.
tidur lagi best.

:p


Made by Maya, Bag | 5 Comments
 

wordless
Sunday, September 11, 2011
Posted on 8:31:24 PM | 4 Comments


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 4 Comments
 

{Newer Post} ..::.. {Older Post}
Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2021. All Rights Reserved.
Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server | Privacy & Terms

x
This website uses cookies to improve your experience. More info Got It!