HOME
 
MADE BY MAYA
 
GALLERY
 
 
Top N Bottom

matahari
Friday, April 16, 2010
Posted on 7:19:49 AM | 20 Comments

sebab matahari menerangi hidup kita.. :D
dan .. ibu pun macam matahari..


ok. nak cerita pasal baju matahari sebenarnya.
satu sundress.

sundress ni memang macam sundress yang saya buat sebelum-sebelum ni. cuma kali ni bulat-bulat hijau dipadankan dengan kain belang-belang rona hijau. dan cuma tali di bahu tu saya dah jahit cantumkan dah. ada lebih untuk dibuat riben. sebab kalau takde riben tu jadi kosong sangat pulak.

.

.

dan satu lagi sunblouse.
(suka-suka jer letak nama. ke nak kene ikut cara ttm letak nama? boleh tak? haha..)

sunblouse ni pulak, ikut design blouse melly yang dipakai dengan birdie skirtnya hari tu. cuma coraknya polka-dot merah kecik-kecik. untuk dipadankan dengan polka-dot skirt yang ini. tak sabar nak tengok tuan punya baju bergaya dengan baju-baju ni.


Dahlia Dress, Top N Bottom | 20 Comments
 

skirt lagi..
Saturday, April 10, 2010
Posted on 11:00:54 AM | 10 Comments

skirt ni untuk arissa & alya. saja saya nak masukkan gak kat sewalong ni sebab box pleat jugakkan. tapi yang ni yang ni pakai sejenis kain je. takde ape pun nak citer. layan jer lah gambar-gambar ni kan (macamlah banyak sangat gambar).

skirt untuk arissa. 8 box pleat.


skirt untuk alya. 10 box pleat.


ok jumpa lagi. kejap lagi nak balik kampung tercinta. ;)


Top N Bottom, Sew Along | 10 Comments
 

chocolate pie
Saturday, April 03, 2010
Posted on 11:38:29 AM | 33 Comments

chocolate pie ke, chocolate muffin ke, chocolate cake ke, hot chocolate ke.. apa-apa pun takpe. tapi memang nampak sedap macam boleh dimakan saja skirt ni.

skirt ni di buat bersempena dengan pleated skirt sewalong tu. saya dah buatkan badge simple ni. kalau sapa-sapa nak letak di blog masing-masing silakan. saya sangat berbesar hati. :D

Code:

<a href="http://my.crazyartzone.com/sew/" target="_blank"><img src="http://i831.photobucket.com/albums/zz235/mayacaz/banner/sewalongwithmaya.jpg" border=0></a>


ok. mari kita mulakan dengan gambar-gambar di sebalik tabir pembikinan chocolate pie.

8 helai kain coklat dan 8 helai kain putih yang siap dipotong dan dijahit tepi kiri dan kanannya.


16 helai kain-kain tadi dicantum berselang-seli.


kain yang dah dicantum, dilipat dan dipinkan menggunakan teknik box-pleat (update: klik untuk tutorial) sehingga tinggal kain coklat saja yang nampak. gosokkan.


bahagian bawah chocolate pie yang siap diklim dan digosok.


tada!!! siap sudah chocolate pie saya yang baru keluar dari oven panas-panas.

dan boleh dimakan. jom!

m for melly :)



Sewalong With Maya, Top N Bottom | 33 Comments
 

Glee
Sunday, March 28, 2010
Posted on 8:43:55 AM | 11 Comments

haha... sebenarnya takde kene mengena dengan glee pun. saya cuma teringat skirt cheerios yang quinn tu pakai. tapi skirt dia takde cover-cover. terbolah terus.... haha..

ok. sebenarnya nak cerita skirt box pleat nih. layan jer lah kain yang sama akhir-akhir ni. pattern pun sama. macam cuaca gak, ada musim. :P

dua-dua ni nana punya. satu guna kain ikea, yang sama macam birdie skirt melly tu. satu lagi, polka dot pink tu, guna kain yang sama yang saya buat untuk top melly tu. tak banyak kain simpanan yang saya ada. tapi takpe, mesti comel giler bila nana yang memang comel tu pakai nanti. tak sabar nak tengok. tq azie!


Top N Bottom, Sewing Corner | 11 Comments
 

Pink Polkadot
Sunday, March 21, 2010
Posted on 6:23:18 AM | 11 Comments

saya terima kain-kain yang saya order dari maymayshop jumaat lepas. malam tu terus cari idea nak buat apa dengan kain tu. memang nak buat top untuk melly.. tapi sebab nak siapkan malam tu jugak, kenalah cari jalan yang paling mudah.

selepas ditenung-tenung kain tu, akhirnya datanglah idea yang paling mudah tu. shirred kan saja atas dan bawah kain. cantumkan menjadi tube. dan pasangkan tali di bahu...

tada!!! siaplah sudah top pink polkadot untuk melly. pulak tu, sesuai sangat dah dengan birdie skirtnya. dan dipakai di pesta belon.


Top N Bottom, Sewing Corner | 11 Comments
 

Melly's birdie skirt
Thursday, March 18, 2010
Posted on 10:13:42 AM | 22 Comments

tada... skirt hitam putih pulak untuk melly. sebenarnya saya keluarkan kain ni untuk projek lain, projek yang akan saya terangkan di entry akan datang. ceh, bunyi macamlah projek besar sangat.. hahha!

tapi bila tengok burung comel-comel macam terasa nak buat skirt untuk melly pulak. dan terasa macam nak buat skirt style gini lah. saya tak tahu pun namanya apa. yang saya tahu, skirt macam ni memang glemer di kalangan cheerleaders (yang tu kene pendekkan lagi) dan saya pernah nampak amoi pakai skirt macam ni masa pi makan kat ofis tak berapa lama dulu. :D

jadi saya agak-agak jer lah buat macam tu... tapikan, hasilnya memang puas hati. dan akan saya ulang-ulang lagi design yang macam ni. senang pun senang.. cuma bab melipat tu jer lah kena teliti sikit... tapi.. overall memang senang. lagi-lagi kalau setakat pakai getah yang macam saya buat ni...

gambar huduh sikit sebab malas giler nak tukar lense. bila tukar lense nak kene tukar setting lak. dah lah saya tak reti. nak tunggu en suami memang lagi lambatlah... maka, guna seadanya sajelah...


Top N Bottom, Sewing Corner | 22 Comments
 

Melly's Top
Wednesday, March 17, 2010
Posted on 4:02:03 PM | 5 Comments

tengoklah muka melly tu penangan sunburn. doklah berjemur tengah panas weekend hari tu. layankan je. bukan selalu pun.

sebenarnya nak cerita pasal latest top untuk melly. dapat idea untuk kedut-kedut-tanpa-getah bahagian atas tu dari baju auni. entah betul entah tidak macam tu saya pun ingat-ingat lupa.

jenuh juga nak membuatnya walaupun sikit je. sebenarnya lagi senang kalau pakai benang getah. tapi nak juga cuba cara tak pakai getah ni.. mungkin caranya tak betul kot, sebab tu rasa leceh sikit. tapi oklah.. comel design macam ni kan.

kehalusan bias tape itupun agak menguji kesabaran. tapi rasa seronok sangat sebab boleh siapkan.
yay! huhu!


Top N Bottom, Anak-anak Kita | 5 Comments
 

Skirt Merah
Wednesday, March 10, 2010
Posted on 7:59:42 AM | 20 Comments

Arena skirt pulak. :P

masih dalam proses menggosok.

bahagian pinggang. lupa nak ambik gambar bahagian belakang yang bergetah.

kemasan bahagian bawah skirt.


inilah skirtnya.. tadaaa!!!!

ini bila digayakan oleh melly. saiz adalah untuk 2 tahun. betul-betul paras lutut melly.
ok, akan buat lagi untuk melly saiz 3 tahun.

p/s: zura, apa nama kain ni? nak update database. :P

Update: Pop Garden by Heather Bailey. Tq Snazzy!


Top N Bottom, Anak-anak Kita | 20 Comments
 

sea breeze
Wednesday, December 16, 2009
Posted on 12:07:55 AM | 16 Comments

...eh! boleh ke sea breeze? boleh jer lah hoh!
walau pun warnanya agak keterangan.


baju yang sama pattern dengan yang sebelum ni (tapi takde skirt). layan jer lah sementara saya tengah suka kan. padahal potong kain sama-sama dengan yang pink tu. cuma yang pink tu siap dulu dan dah show off dulu. padahal asal idea datang dari yang biru ni.


sebenarnya lama dah saya dok merenung kain-kain ni sambil berkira-kira bila mereka akan bersatu. saya ambil keluar, dekat-dekatkan. puas berangan, saya letak atas meja mesin jahit. 2-3 hari lepas tu masukkan balik ke dalam peti. takut berhabuk. ada dekat 5 bulan saya berkeadaan begitu. berulang-ulang. saya tak ingat beli kain ni di mana ya? adakah yang dikirim di bandung itu ya? memang tak ingat. berangan saja dah 5 bulan. nak jumpakan pasangan lagi mungkin ada dalam 5 bulan juga.

akhirnya...

alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Yang Maha Esa, menemukan saya dengan hari rajin. sampai juga akhirnya.

siap boleh buat dua.


harap-harap yang akan memakai baju-baju ini dapat memakainya bersama-sama dan saya sempat shoot juga.

jangan musnahkan harapan saya ya.

harap-harap.


Top N Bottom, Dahlia Dress | 16 Comments
 

baju dan skirt
Saturday, December 12, 2009
Posted on 8:23:49 PM | 20 Comments

sungguh lama rasanya tak buatkan baju untuk amily. baru sekarang berkesempatan. siap pergi padang amik gambar.

asalnya memang nak buat top saja. sebab sekarang ni memang amily selalu pakai seluar. tapi bila top dah siap, timbul idea pulak nak buat skirt. ok. idea dicedok dari zura. dah lama tengok dan saya sangat suka. boleh dipakai bersama, jadi macam dress, dan boleh juga dipakai asing-asing, mix & match. tq zura!

tahu tak? saya dan zura dulu satu kelas semasa form 4 & form 5. dia memang sangat berbakat dan bahasanya memang selalu indah. baca saja pada blognya, mesti kamu suka.

asalnya saya buat lurus je bahagian depan leher tu. tapi, sebab kali ni saya dengan confidentnya tak buat belah untuk leher kat belakang, jadi kepala amily muat-muat saja. supaya tahan lebih lama, saya curvekan kat depan tu. tak tahulah berapa lama boleh bertahan. buat masa ni ok lagi.

pattern ikut imaginasi sendiri je, sambil cedok-cedok idea dari baju-baju readymade amily. lebih kurang je pun dengan design-design sebelum ni.


Top N Bottom, Dahlia Dress | 20 Comments
 

{ Newer Post } ..::.. { Older Post }




Ottobre Sew Along by Zura
Jom Jahit by Tinihani
Creative Commons License Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

© My CrazyArtZone 2007-2021. All Rights Reserved.
Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server | Privacy & Terms

x
This website uses cookies to improve your experience. More info Got It!